Saturday, November 7, 2009

~Diari hatiku-Isteri Solehah~


Lirik lagu dinyanyikan oleh : The Zikr

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya


Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


Percayalah bahawa semua yang bergelar seorang isteri sudah tentu mahu menjadi seorang isteri yang solehah,tetapi bukan mudah mahu menjadi solehah,yang kadang-kadang menuntut pengorbanan,kesabaran dan kecekalan yang tinggi.Kadang-kadang mahu menjadi terbaik tetapi kelemahan diri mengatasi,mahu menjadi yang terhebat tetapi kekurangan mendahului,mahu menjadikan kelembutan sebagai teman berbicara namun bimbang terlebih kelembutan akan melemahkan,bimbang jua ia akan mencemar maruah suami yang perlu dijaga..
Dan percayalah walaupun kita tidak boleh menjadi seperti Siti Khadijah,seperti Fatimah atau seperti Siti Hajar tetapi berdoalah dan nersyukurlah kerana masih boleh menjadi seorang isteri kepada seorang suami...

Dan aku berharap aku begitu jua,dapat menjadi isteri yang solehah..huhu,maklum lah menulis macam ada pengalaman je,hehe...walaupun buat masa ni aku mungkin tidak layak untuk menasihati sesiapa tetapi aku hanya sekadar ingin berkongsi apa yang aku rasa tapi yang pasti aku suka dengar nasyid tu,penghargaan buat seorang isteri....

Thursday, November 5, 2009

~Puisi IIiyya Abu Madhi~



Dia berkata " Langit sedih dan terlihat murung"
Aku berkata "Tersenyumlah"
Biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata " kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata "Tersenyumlah!"
Dukacita tidak akan pernah kembali,
sebab ia telah mati"
Dia berkata "Langit diangkasa telah menyatu
dengan cinta yang berkobar dalam dadaku
dan telah menjadi neraka Jahanam.
Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata "tersenyumlah dan bersenanglah!
Kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata "Perniagaan mendekati kerugian
seperti seorang musafir
yang hampir mati kehausan
atau seperti singa yang haus darah.
Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah"
Aku berkata "Tersenyumlah!
Kau bukanlah penyebab kesembuhannya,
kecuali bila kau mahu tersenyum.
Apakah ketika orang lain berbuat dosa
dan tidur dengan perasaan takut,
engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata "Musuh sedang berada di sekelilingku,
meraka berteriak menakutiku
Bukankah aku telah tertawan
dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata "Tersenyumlah!
Bukankah kau masih hidup?
Kau bukanlah termasuk
orang yang tidak mempunyai kekasih"
Dia berkata "malam-malamku berlalu dengan kepahitan"
Aku berkata "Tersenyumlah!
Jika kau merasa pahit,semoga orang lain
melihatmu sedang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh
dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu
jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham
atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi
dengan hati yang berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan
membuat mulutmu terdiam,
dan raut mukamu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah....!
Sungguh bintang-bintang pun tersenyum
dan kegelapan akan saling berbenturan
Oleh kerana itu, kita menyukai bintang"
Dia berkata "Keceriaan tidaklah akan membuat
keadaan menjadi lebih baik.
Ia datang kedunia ini
dan tetap akan pergi walau terpaksa"
Aku berkata "Tersenyumlah! selagi hanya dikandung badan
selama engkau masih hidup
sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum"


Dipetik daripada buku " Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni,peterjemah Noraine Abu dalam buku Don't Be Sad, La Tahzan,Jangan Bersedih"

Tersenyumlah anda walau kepedihan itu mendatangi jiwa, kerana percayalah dunia turut akan tersenyum bersamamu=)

~Keranamu 'philosophy'~



Aku menunggumu pada hari itu
Pagi Khamis nan indah
Kerana hari itu aku akan bertemumu lagi
Sesudah seminggu kita terpisah
Sedangkan aku didatangi rindu
Untuk mengenalmu 'philosophy'


Aku hadir padamu
Baris depan menjadi pilihanku
Agar aku tidak kejauhan
Untuk mendampingimu
Tiap detik rasa begitu pantas
Sedangkan detik-detik bertemumu
Hatiku keriangan
dengan seri wajahnya 'Mr.Philosophy'
Aku tidak jemu menghayatimu
Dengan senyum tawa memenuhi ruang kuliah itu

'Philosphy' oh 'philosophy'
Determinism vs Free Will,
Rationalism vs empirisisme
Teleology vs Deontology
Pro, Against and beyond dalam theodicy
Dan aku pulang dengan langkah teratur
Sambil senyum puas terukir
Hingga cuai tergelincir di tangga
sakit terasa ku tahan jua
sambil mengungkapkan 'keranamu philosophy'

Ashabul Yamin
KTHO,UKM
15 Oktober 2009

~Diari Hatiku -'Criminalise War'~



'Perang sebagai jenayah'. Aku dapat rasakan itu adalah idea baru yang sangat hebat,itu la yang dicadangkan oleh Tun Mahathir. Aku sangat mengagumi beliau yang padaku sangat berani dan tidak jemu mengadakan forum-forum seperti ini dalam usaha menghentikan peperangan. Kalau tak silap aku rasa dah 3 tahun beliau melaksanakan forum mengenai perang ini. Siapa sangka Malaysia yang kecil ini boleh merencanakan program-program seperti itu.Mungkin pada negara-negara besar usaha ini tidaklah seberapa tapi beliau tegas menyatakan 'mungkin pada masa kini ia tak boleh dilakukan tetapi siapa tahu kita boleh jadikan perang ini sebagai satu jenayah macam perhambaan dahulu yang akhirnya diharamkan'.Beliau sangat optimis dalam menyuarakan pendapatnya.

Kalau dilihat memang sukar untuk jadikan peperangan itu sebagai satu jenayah, kerana untuk halang peperangan pun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu belum berkemampuan.Hari terakhir seminar itu, aku pergi bersama kakak-kakakku yang cantik dan comel tu (terima kasih teman adikmu ini).Puas mereka asyik membebel dekat aku sebab seminar tu dalam bahasa inggeris.huhu, memanglah dah seminar tu antarabangsa punya.haha,lawak je akak-akakku ni.Pertama kali aku menghadiri seminar antarabangsa maklumlah free,dan agak bagus suasana seolah-olah debat perdana.Bangga juga dapat lihat profesor-profesor Malaysia berhujah di persada antarabangsa.Tapi hari terakhir seminar mungkin tak seronok sangatlah sebab dia banyak cerita pasal tribunal-tribunal dan undang-undang yang boleh dicadangkan sekiranya perang itu diiktiraf sebagai jenayah.Mengantuk juga dibuatnya pasal aku bukan budak-budak law.haha,tapi mungkin ada kebaikan sebagai satu tambahan ilmu.Lagipun subjek undang-undang antarabangsa tu tak jauh daripda apa yang aku pelajari pun.

Lepas seminar tu, aku dan akakku pergilah melawat model penjara Abu Ghraib tu,ya Allah...sangat teruk penyeksaan terhadap tahanan-tahanan yang kena seksa.Itu yang aku tengok model je, belum lagi kalau tengok keadaan sebenarnya.Aku rasa mereka yang menyeksa ni lebih hina daripada haiwan.Memang tak berperikemanusiaan langsung.Entahlah pada siapa lah aku nak menyuarakan kegeraman aku ni.haha,mungkin hanya kesabaran yang boleh meredakan rasa geram dalam hatiku ini.

Masa habis seminar tu, aku sempat ambil gambar Tun Mahathir,tapi terpaksa ambil gambar orang lain sekalilah,huhu. Tun memang orang yang peramah dan suka tersenyum,walaupun ramai orng berpusu-pusu nak tangkap gambar dengannya,aku kira agak merimaskan tapi Tun tak menunjukkan kemarahan tetapi masih sudi melayan dan tersenyum.Haha,aku kalau nampak artis pun tak macam nampak Tun.Sebabnya aku tak berapa nak teruja kalau jumpa artis-artis ni, mungkin sebab aku tak berapa minat tapi berlainan kalau jumpa tokoh-tokoh pemimpin.huhu,jadi excited aku ni...selang beberapa hari soalan yang keluar dalam paper diplomasi dan dasar luar aku ialah mengenai dasar luar era Tun Mahathir.haha, memang kebetulan yang tak disangka,dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi aku jawab,haha,alhamdulllah aku diberi keizinan daripada Tuhan untuk menjawab sebaiknya...